fbpx

Barcelona yakin mampu pujuk Haaland ke Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menjadi antara pemain yang mendapat perhatian pada jendela perpindahan kali ini. – AFP

BARCELONA – Presiden Barcelona, Joan Laporta percaya, gergasi Sepanyol itu akan kembali digeruni di pentas Eropah selepas ini sekiranya berjaya mendapatkan khidmat penyerang prolifik Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland.

Media-media di Sepanyol ketika ini hangat memperkatakan The Catalans sudah bersedia untuk mengaktifkan klausa perpindahan dalam kontrak Haaland yang bernilai €75 juta (RM357.33 juta) pada jendela perpindahan Ogos nanti.

Meskipun kontrak Haaland bersama Dortmund sehingga 2024, namun mana-mana pasukan termasuk Barcelona sudah boleh mendapatkan khidmat bintang Norway itu sebaik ber­akhirnya saingan musim ini.

“Saya akan menandatangani Haaland pada musim panas nanti (Ogos),” kata Laporta.

Kenyataan Laporta itu menggambarkan bahawa Barcelona serius dan mempunyai kewa­ngan yang cukup untuk mendapatkan tandatangan Haaland selepas berjaya mengikat kontrak pemain sayap sensasi Manchester City, Ferran Torres baru-baru ini.

Sebagai rekod, Barcelona mengejutkan pasaran perpindahan Eropah apabila berjaya membeli Torres dengan harga yang dilihat agak rendah iaitu €55 juta (RM262.04 juta).

Difahamkan, ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez juga bersetuju untuk menawarkan gaji mingguan tinggi berjumlah £480,000 (RM2.73 juta) untuk memancing Haaland ke Camp Nou berbanding menyertai gergasi-gergasi Eropah lain.

Sementara itu, salah seorang eksekutif di Dortmund, Sebastian Kehl mendedahkan, pihak­nya akan duduk berbincang de­ngan Haaland untuk berunding mengenai masa depannya dalam tempoh terdekat.

“Kami tidak mahu episod ini berlarutan tanpa titik noktah. Jadi, kami akan berbincang dengan Haaland dalam tempoh beberapa minggu selepas ini supaya semua pihak mendapat gambaran jelas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI