fbpx
Tangkap layar rantaian mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp menunjukkan gambar dan video kejadian banjir lama di Kota Tinggi.

Henti sebar gambar, video banjir lama di Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar dan video banjir lama bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan kegusaran masyarakat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, ia berikutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah mengesan penularan gambar dan video kejadian banjir yang berlaku pada tahun 2021.

Katanya, gambar dan video berkenaan ditularkan baru-baru ini melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook seolah-olah kejadian itu berlaku pada Januari 2022.

“Kesalahan kepada mana-mana individu yang memuat naik kandungan di dalam media sosial, mereka boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menularkan kandungan berita yang tidak sahih.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara dikesan gambar serta video menyatakan penutupan Jalan Kluang-Bandar Tenggara dimana selepas pemantauan polis di lokasi kejadian tiada kejadian banjir berlaku dan ianya merupakan gambar lama.-K! ONLINE

POPULAR