fbpx

Kes AEFI banduan Penjara Kajang disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Laporan-laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) berkaitan Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang yang diklasifikasikan sebagai serius termasuk melibatkan kematian sedang dalam proses penyiasatan.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, dalam masa sama, siasatan juga telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat lengkap.

“Laporan siasatan akan dibentangkan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) bagi mengesahkan kausaliti atau hubung kait antara vaksin dengan kesan advers yang dilaporkan.

“Kementerian Kesihatan melalui NPRA memantau secara berterusan keselamatan penggunaan semua vaksin termasuk vaksin Covid-19 melalui pemantauan laporan AEFI. Kesemua laporan yang dinyatakan dalam surat tersebut telah diterima oleh pihak NPRA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan situasi semasa laporan kepada umum dari semasa ke semasa.

Kenyataan tersebut adalah maklum balas susulan surat daripada Penjara Kajang yang tular di media sosial berkenaan 18 kes mengalami AEFI serius yang dilaporkan di dalam kalangan penerima vaksin Covid-19 melalui Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang di penjara tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI