fbpx

Wanita tertua di dunia sambut hari lahir ke-119

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE Tanaka menyatakan kegembiraannya dengan membuat tanda damai ketika menerima bunga sempena ‘Respect for the Aged Day’ pada September lalu daripada Gabenor Fukuoka, Seitaro Hattori. - KYODO

TOKYO – Wanita tertua di dunia dari Jepun yang dilahirkan sebelum Perang Rusia-Jepun tercetus, menyambut hari lahirnya yang ke-119 di wilayah Fukuoka semalam, lapor akhbar The Japan Times. 

Kane Tanaka yang dilahirkan pada 2 Januari 1903 di Fukuoka, hidup semasa era Meiji, Taisho, Showa, Heisei dan Reiwa. Dia berhasrat untuk hidup sehingga berusia 120 tahun, demikian menurut ahli keluarganya.

Individu terkenal yang dilahirkan pada 1903 termasuk novelis Britain iaitu George Orwell, pengarah filem tempatan, Yasujiro Ozu dan penyair Jepun, Misuzu Kaneko.

Tanaka diiktiraf oleh Guinness World Records pada Mac 2019 sebagai manusia tertua di dunia ketika berusia 116 tahun. Dia juga mencatat rekod manusia tertua sepanjang zaman di Jepun apabila berusia 117 tahun dan 261 hari.

Menetap di sebuah rumah jagaan di Fukuoka, Tanaka gemar menyelesaikan teka silang kata. Dia juga menyukai coklat dan minuman berkarbonat.

Tanaka yang merupakan anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik, berkahwin ketika berusia 19 tahun.

Dia menyara keluarganya dengan membuka kedai mi selepas suami dan anak lelaki sulungnya pergi berperang dalam Perang China-Jepun Kedua pada 1937.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepadanya tidak lama lagi,” kata cucu Tanaka, Eiji yang berusia 62 tahun.

“Saya harap dia kekal sihat dan bergembira setiap masa,’’ tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI