fbpx

Tak salah pentingkan diri dan ‘move on’ – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE

PETALING JAYA – “Cara terbaik untuk move on dalam kehidupan adalah mula fokus terhadap diri sendiri.”

Demikian kata penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, memberi nasihat kepada orang ramai.

Katanya, tidak menjadi suatu kesalahan untuk bersikap pentingkan diri kalau ingin ‘move on’ daripada perkara lampau dalam kehidupan.

“Fokus terhadap diri sendiri, fokus kepada benda anda suka buat dan teruskan buat.

“Jadi sedikit pentingkan diri. Tidak menjadi satu kesalahan menjadi pentingkan diri kalau ingin move on,” katanya menerusi satu sesi soal jawab rawak dalam Instastory.

Memaklumkan tentang azam bersempena tahun baharu yang baru memasuki hari ketiga bulan Januari, pelantun lagu Lenglui itu berkata, azamnya kekal sama setiap tahun setiap tahun iaitu ingin menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

“Azam yang sama setiap tahun. Bagaimana nak jadi versi diri kita yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Abang yang lebih baik, usahawan yang lebih baik dan bapa yang lebih baik tahun ini, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice yang kini ingin dikenali dengan nama pentas baharu, Daddycap turut mendedahkan, single terbaharunya berjudul ‘Ayah’ yang sepatutnya dilancarkan dua tiga minggu lalu terpaksa ditangguhkan bagi menghormati mangsa-mangsa bencana banjir.

Tahun lalu, nama Caprice mengisi kepanasan selama berbulan-bulan bermula dengan konflik yang tercetus susulan misi kemanusiaan di Gaza, Palestian melibatkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.

Konflik dalaman yang akhirnya merebak menjadi kontroversi tak berkesudahan tersebut menimbulkan pelbagai isu sehingga memaksa pihak polis membuka kertas siasatan terhadap Ebit berhubung kes gangguan seksual dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI