fbpx

‘Cuci penapis, barulah air keluar laju’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian cara mencuci penapis air mesin basuh oleh seorang pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Perkongsian seorang individu mengenai cara yang betul menyelesaikan masalah air keluar perlahan daripada saluran mesin basuh telah berjaya membantu ramai orang yang menghadapi masalah seperti itu.

Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 38 saat yang dikongsikan wanita itu menerusi aplikasi TikTok, @abahyie, dia telah membuka salur hos air mesin basuhnya dan kemudian keluarkan penapis.

Wanita itu kemudian mencuci penapis yang dipenuhi karat itu dan memasangnya kembali sebelum air daripada mesin basuh dilihat mengalir dengan lebih lancar.

“Sudah enam tahun guna mesin basuh ini, memang tidak pernah cuci penapis. Selepas cuci, air keluar laju,” kata abahyie.

Susulan perkongsian itu, orang ramai teruja dan mereka kemudian cuba melakukan perkara sama bagi menyelesaikan masalah air keluar perlahan daripada saluran mesin basuh.

“Suami saya baru tengok video ini semalam sebab air mesin basuh kami pun keluar perlahan sangat. Memang betul ada tersumbat, selepas cuci, terus laju air,” kata @NurulIzzniRajab.

“Terima kasih awak, saluran air mesin basuh rumah saya terus laju selepas dicuci,” jelas @narsnf.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih 1.5 juta tontonan dan lebih 137,000 tanda suka di laman aplikasi TikTok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI