fbpx

Fokus Chelsea masih kekal biar dihimpit kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kanan) masih lagi dianggap sebagai watak penting Chelsea biarpun pendedahan yang dibuatnya memberi gambaran kurang baik terhadap situasi semasa pasukan itu. – AFP

LONDON – Disember lalu bukanlah bulan yang bertuah buat Chelsea apabila mereka sekadar menang empat daripada sembilan perlawanan yang dilalui.

Situasi itu mungkin memberi kesan besar kepada pasukan itu untuk berada di kedudukan lebih baik dan mencabar kejuaraan, malah setiap keputusan seri dicatatkan Chelsea seakan tidak memberikan makna.

Tengah malam ini, Chelsea yang berdepan isu kecederaan dan masalah jangkitan Covid-19 bakal menghadapi satu lagi ujian getir apabila dijadual berdepan Liverpool.

Kemenangan menjadi suatu yang sangat penting buat pe­ngendali mereka, Thomas Tuchel terutama untuk memulakan tahun baharu dengan langkah kanan selain cuba untuk mengejar kedudukan pendahulu Manchester City.

Biarpun terpalit dengan ke­nyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh penyerang mereka, Romelu Lukaku, Chelsea tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka tidak tewas terutama aksi berlangsung di laman sendiri.

“Kami adalah pasukan yang diselubungi kecewa. Saya juga kecewa, marah dengan situasi dan keputusan pengadil ketika seri menentang Brighton sebelum ini.

“Kami merasainya. Selepas banyak membuat pelaburan dan kami jangkakan akan sentiasa mendapat keputusan yang baik, namun ia cukup sukar.

“Kami perlu kekal positif ke­rana kami tahu yang pasukan ini mampu bermain lebih baik. Tetapi, situasi ini bukanlah kali pertama saya dan pemain hadapi.

“Ada kalanya ia bagus untuk kami lebih fokus dan melihat dengan gambaran lebih besar apa yang kami sudah lakukan sepanjang 2021. Kami masih lagi berada di landasan betul dan perlu terus belajar untuk memperbaikinya,” kata Tuchel.

Dalam pada itu, pemain tengah Chelsea, Mason Mount tetap yakin bahawa Lukaku masih lagi watak penting pasukan itu biarpun kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini mencetuskan ‘ribut’ dalam kem pasukan itu.

“Memiliki Rom (Lukaku) adalah nilai tambah kepada kami. Kamu boleh lihat impaknya dan dia cukup penting buat pasukan.

“Kami tahu apa yang dia bawakan ke dalam pasukan. Berada di sisinya membuatkan kerja kami menjadi senang dan dia cukup dominan dalam menjaringkan gol dan memberikan kami kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI