fbpx

Budak ‘wheelie’ motor dalam banjir kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang remaja melakukan aksi bahaya dalam banjir mendapat kecaman orang ramai

PETALING JAYA – Dalam keadaan ramai rakyat terkesan selepas kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini, ada juga golongan yang tidak sensitif dengan bencana itu.

Terbaharu, satu klip video yang sedang tular di media sosial ketika ini menyaksikan satu kumpulan anak muda yang menjadikan banjir sebagai kandungan untuk video mereka.

Namun, tidak dipastikan di manakah kejadian tersebut berlaku tetapi aksi kumpulan remaja tersebut bersuka ria mendapat kecaman dari netizen.

Dalam video tersebut, kumpulan remaja ini membuat aksi angkat tayar motosikal (wheelie) dalam air banjir di sebatang jalan raya.

“Bagus adik, dalam keadaan sekarang adik buat macam ini, boleh minta biasiswa dari kerajaan dan sambung belajar bidang automotif nanti.

“Boleh minta bantuan kewangan serta pakej sekali kain kapan ye adik,” ujar wardina natasha.

“Ada yang sedih dengan banjir, ada juga yang tak sensitif macam ni. Adik tak terkesan tak apa tapi jangan lah buat seperti ini.

“Tak jatuh itu okay lah, kalau jatuh menyusahkan orang tua pula nanti. Cukup la ye adik, fikir orang lain juga,” jelas Hidayah Ishak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI