fbpx

Lukaku dedah tidak gembira di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (dua dari kiri) tanpa berselindung mengakui memasang impian untuk kembali ke San Siro dan tidak gembira berada di Chelsea ketika ini. – AFP

LONDON – Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku mengakui mula rasa kurang gembira bersama kelab itu dan menuduh pendekatan pengurus pasukan itu, ­Thomas Tuchel menjadi punca krisis prestasi mereka ketika ini.

Penyerang yang dibeli The Blues dengan harga £97.5 juta (RM549.2 juta) itu turut kesal dengan keputusannya meninggalkan Inter Milan dan mula memasang impian untuk kembali San Siro.

Kehebatan bintang antarabangsa Belgium itu sedikit terganggu selepas dihimpit masalah kecederaan dan dijangkiti Co­vid-19, malah turut tidak mendapat kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama.

Menerusi satu temubual sebelum ini, Lukaku meluahkan kekecewaannya terhadap tanggungjawabnya di bawah kendalian Tuchel dan mengakui kurang senang dengan situasi sekarang.

“Secara fizikalnya saya baik-baik saja, malah lebih baik daripada sebelum ini. Selepas dua tahun di Itali, saya banyak be­kerjasama dengan jurulatih dan pakar pemakanan.

“Tetapi, saya kurang gembira dengan situasi sekarang. Saya fikir jurulatih memilih untuk bermain dengan sistem berbeza.

“Saya tidak akan berputus asa, terus bekerja dan cuba jadi seorang pemain yang profesio­nal,” katanya.

Bagaimanapun, Tuchel meng­akui tugas menguruskan Lukaku adalah lebih senang berbanding tanggungjawabnya mengendalikan Neymar dan Kylian Mbappe ketika berada di Paris Saint-Germain.

“Lebih mudah untuk melatih Lukaku berbanding Neymar atau pun Mbappe. Di PSG, saya rasa seperti menteri sukan.

“Saya perlu uruskan keluarga dan rakan mereka (Neymar dan Mbappe). Di Chelsea, saya boleh bekerja dengan lebih tenang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI