SHAH ALAM – Sekarang dianggap sebagai masa terbaik untuk usahawan melangkah dengan lebih besar ke hadapan sempena tahun baharu ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, keberanian untuk berbuat demikian bagaimanapun tidak mungkin hadir begitu sahaja tanpa ilmu, strategi dan sistem betul.
Jelasnya, tiga faktor itu penting untuk memberikan usahawan lebih keyakinan untuk bertindak.
“Siapa yang tidak mahu melihat bisnes mereka melonjak berkali-kali ganda atau dapat membantu lebih ramai orang di luar sana?
“Saya pasti ramai usahawan yang mahu, soalnya sama ada mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

RichWorks merupakan syarikat latihan dan bimbingan usahawan terbesar di Malaysia yang diasaskan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2008.
Bagi Radz, tiada perkataan relaks untuk usahawan yang ingin berjaya meskipun tahun 2022 baharu sahaja bermula.
“Lebih baik kita bekerja keras pada awal tahun ini dengan melakukan penambahbaikan dan pembaharuan yang perlu.
“Inilah masanya untuk melakukan tindakan yang signifikan, kecil atau besar supaya bisnes akan terus berkembang pada awal tahun ini,” jelasnya.
Sementara itu, Radz memberitahu, beliau mewakili RichWorks turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada para usahawan.
“Tahun 2021 sudah berlalu, pelbagai cabaran dilalui seperti pandemik dan banjir, namun kita tetap perlu bangkit semula.
“RichWorks ada bersama-sama dengan anda, kami ada kepakaran dalam melatih dan membimbing usahawan dan di sinilah tempat lahirnya usahawan jutawan,” ujarnya.
Dalam pada itu, RichWorks juga akan bawakan ‘Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022!’ sebagai hadiah tahun baru pada awal Mac nanti. -K! ONLINE














