fbpx
POLIS memenuhi kawasan rumah mangsa yang ditembak mati oleh bapanya sendiri secara tidak sengaja. - Twitter/@CatherineRossTV

Bapa tembak mati anak disangka penceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLUMBUS, OHIO – Seorang lelaki di Ohio, Amerika Syarikat menembak mati anak perempuannya yang berusia 16 tahun secara tidak sengaja kerana menyangkakan gadis itu sebagai penceroboh di rumah mereka, lapor akhbar New York Post kelmarin. 

Dalam kejadian pada Rabu lepas, mangsa yang dikenali sebagai Janae Hairston itu dilaporkan berada di garaj rumah mereka pada pukul 5.50 petang (waktu tempatan) ketika bapanya melepaskan tembakan sehingga mencederakannya.

“Suami saya membuat kesilapan dan menembak Janae kerana menyangkakan dia seorang penceroboh. Dia berada di garaj kami dan suami saya tidak tahu apa yang berlaku,” kata ibu mangsa.

Menurut Jabatan Polis Columbus dalam kenyataan yang disiarkan di Twitter, mangsa  dikejarkan ke Hospital Timur Mount Carmel, di mana dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 6.42 petang (waktu tempatan).

“Tiada pertuduhan telah difailkan melibatkan kes berkenaan,” kata polis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN