fbpx

Amaran cuaca berbahaya di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di ketiga-tiga daerah tersebut.

Sementara itu, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan di seluruh Melaka dan Rembau, Negeri Sembilan hari ini.

Amaran sama dikeluarkan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

MetMalaysia seterusnya mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong dan Temerloh), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) serta Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) hari ini.

Dalam pada itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan di Sabah: Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat sehingga 2 Januari 2022.

Menurut MetMalaysia, Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.

Jelas MetMalaysia, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” kata MetMalaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI