fbpx

Harga ayam turun 20 sen mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman ketika mengadakan Walkabout Ops Back To School dan SHMKM di sebuah pasar raya besar di Bukit Mertajam hari ini. - FOTOl IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Harga beberapa bahan mentah seperti ayam segar, telur serta dua jenis sayuran iaitu sawi dan kacang panjang akan mengalami penurunan bermula esok.

Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, Azman Adam berkata, empat item berkenaan merupakan sebahagian daripada 12 jenis barangan yang diwartakan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

“Mulai esok akan terdapat harga baharu untuk SHMKM di Semenanjung dengan mengambil kira situasi dan lokaliti iaitu empat item yang mengalami pelarasan semula harga seperti ayam dari RM9.30 kepada RM9.10 serta penurunan harga telur, sawi dan kacang panjang sekitar 50 sen.

“Kita mengikut trend dan keadaan harga semasa (barangan), jadi kita turunkan harga tersebut semasa ia turun serta untuk pastikan harga itu tidak naik lagi dalam tempoh kawalan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Walkabout Ops Back To School dan SHMKM di sebuah pasar raya besar di Bukit Mertajam di sini.

Sementara itu, Azman berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di 25,897 premis dalam tempoh pelaksaaan SHMKM bermula 7 Disember lalu hingga semalam membabitkan 85 kes kesalahan daripada 50 aduan.

“Setakat ini kompaun sebanyak RM20,000 dikeluarkan dengan sebahagiannya masih dalam siasatan berhubung kesalahan seperti menjual barang kawalan melebihi harga maksimum dan tidak letak tanda harga.

“Manakala, bagi Skim harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2021 pada 23 Disember hingga 31 Disember, pematuhannya adalah hampir 100 peratus daripada 7,178 peremis diperiksa,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berbeza, Azman berkata, pihaknya akan melakukan operasi khusus bermula esok bagi memastikan isu mengenai bekalan barangan di negeri-negeri yang terlibat banjir dapat ditangani dengan baik.

“Setakat ini tak ada sangat aduan kenaikan harga di tempat terlibat banjir seperti Selangor dan Pantai Timur, cuma ada beberapa kes barang terputus sementara berikutan masalah logistik di beberapa kawasan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI