fbpx

Banjir: 500 pokok pisang rosak terendam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah melihat keadaan pokok pisang nangka yang rosak diusahakan oleh Koperasi Kariah Masjid Kundur Hulu akibat banjir kilat 18 Disember lalu ketika lawatannya ke perkampungan berkenaan, pagi tadi. – NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Hanya berbaki kurang dua bulan sahaja lagi, Koperasi Kariah Masjid Kundur Hulu, di sini, bakal menikmati hasil pertama 500 batang pokok pisang Nangka.

Bagaimanapun, hasrat berkenaan tidak tercapai apabila hampir keseluruhan pokok pisang terendam banjir kilat berjam-jam lamanya 18 Disember lalu sehingga menyebabkan hasil pertama yang ditunggu tidak sesuai untuk jualan.

Menurut Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Kundur Hulu, Zubir Jamal, projek tanaman pisang nangka berkenaan merupakan projek tanaman kedua yang diusahakan koperasi selepas projek buluh betung madu.

“Projek ini di bawah koperasi dan ada seorang pengusaha yang menguruskan projek berkenaan sejak hampir setahun lalu. Kita jangka dalam tempoh sebulan ke dua bulan lagi, hasil pertama akan boleh dituai.

“Namun, disebabkan terendam banjir, pembesaran buah jadi terencat dan daun pisang juga tidak begitu cantik. Begitu juga buluh betung madu di mana rebungnya juga terkesan banjir serta tidak sesuai untuk dijual.

“Kita anggarkan kerugian bagi projek pisang dan buluh ini hampir RM10,000. Bagaimanapun, kita terima keadaan ini dan menganggap ini merupakan proses pembelajaran koperasi dalam bidang pertanian,” katanya ketika ditemui sempena Lawatan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah ke Kundur Hulu, di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan bantuan permulaan RM1 juta untuk koperasi yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya, mana-mana koperasi yang terkesan seperti bangunan musnah, tanaman serta pernigaan terjejas boleh memohon bantuan di bawah tabung berkenaan.

“Syaratnya mestilah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung nilai kerugian yang dialami dengan nilai maksima bantuan yang boleh disalurkan sebanyak RM30,000 bagi koperasi yang layak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI