fbpx

[VIDEO] Pemandu lori ‘membebel’ di lorong tol dapat perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video kamera papan pemuka memaparkan pemandu lori tersebut terpaksa beratur lama di lorong tol.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu lori meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemandu yang tidak menambah nilai kad Touch N Go hingga menyebabkan kesesakan di lorong bayaran tol mendapat perhatian ramai.

Melalui video berdurasi tiga minit 21 saat yang dikongsi pengguna Facebook, Rizal Hakimm memaparkan pemandu tersebut ‘membebel’ kerana dia perlu menunggu pemandu-pemandu di hadapannya turun dari kenderaan mereka untuk pergi ke pondok tambah nilai.

“Bukan nak pergi awal-awal ‘top up’, cubalah jangan jadi orang yang menyusahkan orang. Cakap nanti marah, bila cakap nanti orang kata pemandu lori kurang ajar,” katanya.

Kemarahan pemandu lori itu kemudian memuncak apabila pemandu sebuah kenderaan di hadapannya hilang entah ke mana.

“Eh mak cik ni pergi mana? Beli nasi goreng sekali ke? Sudah, hilang dah mak cik ni. Jangan-jangan pesan nasi goreng tak?,” kata lelaki itu.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan kata-kata pemandu lori itu selain turut memuji kesabarannya.

“Kadang-kadang nak marah orang tak ‘top up’ pun tak boleh. Mungkin mereka terlupa, jadi sebenarnya pondok tambah nilai perlu dikekalkan,” kata Syukrie.

“Comel abang ini membebel, kira tahap baiklah jika dibandingkan dengan saya. Kalau saya, saya dah hon banyak kali kot,” kata Ninjazz.

“Respect abang ini, walaupun marah tak ada keluarpun ayat kasar atau carutan. Siap buat lawak lagi,” kata Natasya.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 20,000 kali dan mendapat lebih 100 komen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI