fbpx

‘Gelupuh kahwin tapi majlis tak ikut SOP?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengacara sensasi, Azwan Ali menemplak secara berseloroh majlis perkahwinan pasangan selebriti yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengacara sensasi bermulut lantang, Azwan Ali tampil memberi teguran berbaur sarkastik berhubung isu majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang didakwa tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).

Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali, 55, turut mengaitkan nama penerbit Micheal Ang menerusi ciapan yang dikongsi dalam Twitter.

“Gelupuh kahwin tapi majlis tak ikut SOP? Jadi, nanti Michael Ang boleh tak kau menyalak kuat lagi?,” ciapnya seraya menyertakan emoji ketawa.

Terdahulu, majlis resepsi pasangan perkahwinan Kamal dan Uqasha yang berlangsung di sebuah villa di Genting Highland, Pahang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen kerana dikatakan melanggar SOP.

Michael sebelum ini berkata kepada Kosmo! Online bahawa dia yang turut menghadiri majlis berkenaan sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu pelanggaran SOP.

“Kalau dipanggil untuk beri keterangan, sudah tentu saya sedia membantu. Saya akan beritahu perkara sebenar situasi dan suasana majlis pada hari tersebut,” katanya.

Tidak berniat untuk menegakkan benang yang basah, Michael bagaimanapun menjelaskan, majlis yang dihadirinya itu berlangsung dengan keadaan yang patuh SOP.

“Tetamu yang hadir diwajibkan untuk melakukan ujian calitan Covid-19 di klinik dan perlu menunjukkan sijil keputusan ujian tersebut. Kami juga perlu lengkap dua dos vaksinasi.

“Jumlah tetamu tidak sampai 200 orang. Lagi pun tempat yang dibuat kecil sahaja,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Perkara tersebut turut dipertahankan, adik kepada Uqasha, Raysha Rizrose yang memaklumkan majlis perkahwinan yang berlangsung pada 15 Disember lalu tidak melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

“Sebenarnya tiada istilah melanggar SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan,” katanya seperti dipetik sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Sementara itu, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuka kertas siasatan berhubung insiden terbabit.

Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya akan memanggil semua yang terbabit termasuk tetamu dan pemilik villa berkenaan untuk membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI