fbpx

Banjir: 120 sukarelawan JPM kerah keringat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan membersihkan kediaman penduduk di Taman Makmur Jaya dan Taman Sri Makmur, Bentong, Pahang. /FOTO IHSAN JPM

PUTRAJAYA – Seramai 120 sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlepas ke tiga kawasan angkat JPM yang terjejas banjir bagi misi bantuan pembersihan pasca banjir.

Tiga kawasan angkat JPM tersebut ialah Bentong, Pahang dan Kuala Selangor serta Petaling, Selangor.

Menurut JPM dalam satu kenyataan, sesi pelepasan konvoi yang terdiri daripada tiga buah bas tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM, Datuk Jamil Rakon.

“Pasukan sukarelawan JPM ini akan bergerak setiap hari ke kawasan-kawasan ditetapkan dalam usaha membantu penduduk terjejas bencana itu khususnya dalam aktiviti pembersihan pasca banjir.

“Setiap kawasan melibatkan kumpulan 40 orang sukarelawan. Mereka turun ke Kg. Asahan, Kuala Selangor selain 40 lagi sukarelawan ke Taman Makmur Jaya dan Taman Sri Makmur, Bentong, Pahang bagi membantu membersihkan kediaman penduduk,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI