fbpx

RM524,382 cek MPBPJ tidak ditunaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan sebanyak 306 cek bernilai RM 524,382 tidak ditunaikan oleh pihak terlibat dari tempoh 1 Januari 2019 sehingga 30 November 2020.

Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam satu kenyataan berkata, cek tidak ditunaikan itu merupakan bayaran dikeluarkan Majlis kepada individu serta syarikat bagi bayaran sumbangan, komisyen, pengembalian cagaran dan sebagainya.

“Sehubungan itu, Majlis ingin memaklumkan kepada penerima cek yang tidak ditunaikan untuk menyemak di www.mbpj.gov.my/sites/default/files/senarai_cek_tak_dituntut_2019-2020_.pdf.

“Mereka seterusnya boleh membuat tuntutan sehingga 31 Disember 2021. Orang awam yang ingin
membuat tuntutan boleh menggunakan format surat permohonan Lampiran A,” katanya di sini tadi.

Katanya, selepas tarikh 31 Disember 2021, cek yang masih tidak dituntut akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03-79563544. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI