fbpx

Penoreh getah pukul isteri hingga hidung koyak dijel 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakrullah (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk menghadapi pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang penoreh getah dipenjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya sehingga hidung wanita itu koyak, minggu lalu.

Tertuduh, Fakrullah Mukhatar, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas isterinya yang berusia 39 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Chabang 3 Chuchoh Puteri A, Kuala Krai kira-kira pukul 10.30 pagi pada 21 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakalan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana telah menyebabkan bahagian hidung isterinya dijahit sembilan jahitan.

Tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman yang ringan kerana telah berbaik semula dengan isterinya selepas kejadian itu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula hari ini.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati tiba-tiba mengamuk sebelum isterinya cuba menenangkan lelaki itu.

Keadaan itu menyebabkan tertuduh telah memukul badan isterinya sehingga wanita tersebut mengatakan bahawa lelaki berkenaan dayus.

Berang dengan kenyataan tersebut, tertuduh telah menumbuk muka isterinya sekali dengan tangan kanan sehingga bahagian atas hidung wanita itu koyak dan berdarah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI