fbpx
ORANG ramai dengan ada yang memakai dan tidak memakai pelitup muka berjalan di sepanjang Sungai Tyne di Newcastle, 29 September lepas. - AFP

Pakar ramal kehidupan kembali normal April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang pakar kesihatan terkemuka meramalkan manusia akan kembali menjalani kehidupan normal pada April tahun depan selepas virus Covid-19 semakin lemah dan sekadar menjadi ‘satu lagi punca selesema biasa’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Profesor perubatan di Universiti East Anglia, Profesor Paul Hunter membuat ramalan mengejutkan itu susulan berita yang menyatakan bahawa tiada sekatan baharu akan berkuat kuasa di Britain sebelum sambutan Tahun Baharu. Selain itu, tiada sekatan berkemungkinan dilaksanakan selepas itu.

Menurut Hunter, meskipun Covid-19 tidak akan lenyap, ia akan menjadi satu virus yang tidak menimbulkan kebimbangan menjelang April 2022, selain menambah bahawa Covid-19 akan menjadi satu demam biasa.

“Ia adalah penyakit yang tidak akan lenyap dan jangkitan juga tidak akan hilang biarpun kes jangkitan teruk akan berkurang.

“Lambat laun, kita perlu membiarkan individu yang dijangkiti Covid-19 menjalani kehidupan normal seperti yang mereka lakukan ketika mengalami selsema.

“Oleh itu, untuk satu tempoh, kita perlu lebih ‘terbuka’ (melonggarkan sekatan Covid-19),” katanya dalam satu wawancara dengan Badan Penyiaran Britain (BBC).

Walaupun Omicron jauh lebih menular daripada Delta, varian itu adalah lebih ringan dengan risiko kemasukan ke hospital antara 50 hingga 70 peratus lebih rendah berbanding Delta.

Setakat ini, Omicron kurang memberi kesan kepada sistem kesihatan. – AGENSI 

POPULAR