fbpx

Pemandu lori sampah mabuk langgar stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sebuah lori sampah dalam keadaan berasap akibat merempuh stesen minyak di Jalan Batu 2, Kuala Selangor malam tadi.

PETALING JAYA – Suasana cemas apabila sebuah lori sampah milik majlis perbandaran melanggar sebuah stesen minyak di Jalan Batu 2, Kuala Selangor malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 pagi dan seramai lapan petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke sebuah stesen minyak di Jalan Batu 2.

“Sampai di tempat kejadian didapati sebuah lori sampah dalam keadaan berasap akibat merempuh stesen minyak terbabit namun tiada kebakaran dilaporkan berlaku.

“Lori sampah milik majlis perbandaran itu dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai dalam keadaan mabuk dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah JPBM Selangor, pemandu lelaki itu telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah video berdurasi 36 saat memaparkan sebuah lori sampah dalam keadaan berasap kerana melanggar stesen minyak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI