fbpx

KTMB bakal lancar 2 laluan baharu DMU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Setelah lebih lapan bulan diperkenal, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal melancarkan dua lagi laluan baharu Diesel Multiple Unit (DMU) bulan hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, perkhidmatan terkini itu meliputi stesen Gemas, Negeri Sembilan ke stesen masing-masing di Kelantan dan Pahang.

“Ia melibatkan laluan Gemas-Gua Musang-Gemas dan Gemas-Kuala Lipis-Gemas yang bermula sekitar pertengahan Januari tahun depan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Pelancaran laluan baharu merupakan fasa kedua operasi tren DMU itu selepas fasa pertama telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pada 11 April lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Rani berkata, bersempena dengan pelancaran operasi DMU terbaharu itu, KTMB membuka jualan tiket untuk tempoh enam bulan bermula 5 Januari 2022 bagi tempahan perjalanan dari 15 Januari sehingga 30 Jun 2022.

Katanya, ia bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal sama ada pulang ke kampung atau pergi bercuti.

Penumpang ujarnya, boleh merancang bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada 1 Februari depan atau pun Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 3 Mei kelak.

Kempen jualan tiket mega juga merangkumi pertambahan kepada 32 perkhidmatan tren elektrik (ETS) berbanding 16 trip yang ada pada masa sekarang untuk laluan dari stesen KL Sentral membabitkan destinasi ke Butterworth, Pulau Pinang (10 trip); Ipoh, Perak (10 trip); Padang Besar, Perlis (lapan trip); Gemas-Butterworth (dua trip) dan Gemas-Padang Besar (dua trip).

Tidak ketinggalan kekerapan perkhidmatan InterCity ditambah kepada 20 servis daripada 16 kali pada ketika ini yang akan meliputi Ekspres Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Timuran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI