fbpx

Individu langgar HSO boleh dikompaun sehingga RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Individu positif Covid-19 yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) bakal dikenakan kompaun sehingga RM1,000.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan tegas itu dikeluarkan susulan wujud pelanggaran HSO bagi tempoh 1 Disember lalu sehingga hari ini.

Beliau berkata, kira-kira 1.8 peratus daripada jumlah individu positif Covid-19 dikesan melanggar perintah berkenaan sejak awal bulan ini.

“Kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang berkenaan.

“Kita terpaksa mengambil langkah tegas kerana mereka mendaftar masuk ke premis lain sedangkan sepatutnya mereka perlu berada di rumah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, beliau juga mengesahkan turut menerima laporan mengenai majlis perkahwinan besar-besaran membabitkan pasangan selebriti dengan ramai tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak menghalang majlis perkahwinan tetapi setiap orang perlu mengambil langkah sewajarnya membendung penularan jangkitan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI