fbpx

‘Hotel Lego’ tarikan unik di Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hotel Inntel Zaandam kelihatan seperti bangunan daripada blok Lego. - Caters

AMSTERDAM – Sebuah bangunan berwarna-warni di bandar Zaandam, Belanda yang kelihatan seperti bangunan Lego ternyata merupakan sebuah hotel sebenar, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Seorang jurugambar dron, Rutger den Hertog  berkata,  dia terdetik untuk merakam Hotel Inntel selepas menonton satu rakaman video yang menunjukkan bangunan unik itu di internet.

“Apabila saya melihat binaan ini dalam  aplikasi pemetaan Google Earth, saya fikir ia kelihatan sangat unik dari udara. Saya kemudian menggunakan dron untuk merakam imej hotel tersebut,” katanya.

Menurut laman web Archello.com, hotel tersebut merupakan tarikan unik di Zaandam. 

Hotel  itu adalah  setinggi dua belas tingkat dan pada asasnya,  berbentuk segi empat sama.

Ia merupakan susunan monumental dan tafsiran pelbagai jenis rumah berwarna hijau yang merupakan satu pemandangan biasa di wilayah Zaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI