fbpx

Banjir: Enam lokasi kumpul al-Quran, kitab agama rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahzihan

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan enam lokasi sebagai pusat pengumpulan al-Quran dan buku agama yang musnah akibat banjir di negeri ini.

Lokasi itu melibatkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai bagi daerah Hulu Langat); Tanah Perkuburan Islam Johan Setia (Klang) dan Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya (Petaling).

Selain itu, Masjid As-Solihin Kancong Darat (Kuala Langat); Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (Kuala Selangor); dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya (Sepang).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, bencana banjir mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan harta benda termasuk al-Quran dan kitab agama di masjid, surau, sekolah serta rumah.

Antara naskah al-Quran yang rosak akibat banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, Kuala Selangor.

“Semua pihak terutama di lokasi terjejas boleh menghantar naskhah berkenaan ke masjid kariah berdekatan.

“Al-Quran dan kitab agama yang rosak itu boleh dihantar sehingga Khamis ini sebelum dikumpulkan di enam lokasi yang ditetapkan,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Menurut beliau, pihak masjid perlu memastikan naskhah yang dihantar itu ditempatkan di ruang yang sesuai, selamat dan bersih.

“Selain itu, ia jauh daripada laluan manusia atau haiwan bagi mengelak dilangkah dan dipijak serta diletakkan di kedudukan tinggi dari paras biasa persekitaran.

“Bagi tempat penyimpanan tidak berbumbung, pihak masjid perlu menutup bahan tersebut menggunakan plastik atau kanvas bagi mengelak ia basah akibat hujan,” katanya.

Tambah Mohd. Shahzihan, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menguruskan pengangkutan kesemua naskhah itu.

“Ia meliputi proses dari semua masjid kariah sehingga ke enam pusat pengumpulan al-Quran berkenaan.

“Semuanya akan dilakukan secepat mungkin sebelum proses pelupusan dilaksanakan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI