fbpx

Projek EKVE punca banjir di Hulu Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU LANGAT – Banjir lumpur yang melanda daerah Hulu Langat baru-baru ini dipercayai berpunca daripada projek Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) selain faktor hujan lebat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan lebuh raya itu telah mengakibatkan longkang tertutup sekali gus mengganggu sistem saliran di kebanyakan kawasan di sini.

“Banjir ini bukan sahaja akibat taburan hujan semata-mata tetapi pembinaan lebuh raya EKVE berdekatan Taman Sri Nanding juga menyebabkan banjir berlaku dengan cepat.

“Selain mendalamkan sungai, kita juga akan membina benteng-benteng di tepi sungai untuk mengurangkan limpahan air,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menasihati penduduk untuk segera berpindah sekiranya mendapat amaran daripada pihak berkuasa.

“Terdapat segelintir penduduk yang tidak mahu berpindah kerana bagi mereka banjir ini adalah suatu perkara biasa dan saya harap jika amaran dikeluarkan selepas ini, penduduk kena akur dan pindah sebagai persediaan awal,” jelasnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI