fbpx

Percaturan bijak bantu pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIMA-lima pemain ini dijangka mampu menyumbang mata untuk pasukan masing-masing.

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

SAINGAN Fantasi Premier League (FPL) dijangka bertambah rancak apabila aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) memasuki perlawanan yang dikenali sebagai Boxing Day yang sememangnya menjadi tradisi dalam kancah bola sepak di England.

Aksi EPL yang akan berlangsung malam esok pasti menjanjikan kehangatan dengan perlawanan tumpuan utama melibatkan pertemuan juara bertahan, Manchester City menentang Leicester City.

Bagaimanapun, sebarang perubahan perlu dilakukan dengan cermat terutama ketika dua perlawanan melibatkan Liverpool dan Leeds serta Watford menentang Wolverhampton terpaksa ditunda lagi ekoran Covid-19.

Justeru, Kosmo! memberikan beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertukaran terbaik untuk memburu mata maksimum minggu ini.

 

PENJAGA GOL

AARON Ramsdale dijangka tidak berdepan masalah untuk memastikan gawang Arsenal tidak bolos apabila menentang kelab tercorot EPL musim ini, Norwich City.

PERTAHANAN
KIERAN Tierney sering kali melakukan hantaran lintang ke kawasan kotak penalti pasukan lawan dan berpotensi untuk meraih banyak mata menerusi bantuan jaringan. Joao Cancelo juga perlu kekal berada dalam pasukan FPL anda.

TENGAH
MASON Mount mungkin boleh menjadi pilihan terbaik apabila Chelsea bakal turun menentang Aston Villa dan prestasi semasa bintang muda ini terutama dalam mencipta umpanan gol pasti tidak akan mengecewakan.

PENYERANG
CRISTIANO Ronaldo pula mengetuai jentera serangan kerana dia berpeluang meledak banyak gol apabila menentang Newcastle malam esok memandangkan lawan itu adalah pasukan paling banyak dibolosi ketika ini.

KAPTEN
GABRIEL Martinelli ketika ini berada pada tahap terbaik selepas meledak tiga gol dalam dua perlawanan terakhir. Pemain sayap lincah ini dijangka mampu mengulangi kecemerlangan itu menentang Norwich malam esok.

 

FORMASI: 3-5-2
NILAI KESELURUHAN: £100 juta

KESEBELASAN UTAMA

Penjaga gol

Aaron Ramsdale (Arsenal) – £5.1

Pertahanan

Harry Maguire (Man. United) – £5.4
Joao Cancelo (Man. City) – £6.8
Kieran Tierney (Arsenal) – £4.7

Tengah
Bruno Fernandes (Man. United) – £11.6
Demarai Gray (Leicester) – £5.6
Son Heung-min (Tottenham) – £10.3
Gabriel Martinelli (Arsenal) – £5.3
Mason Mount (Chelsea) – £7.6

Penyerang
Neil Maupay (Brighton) – £6.0
Cristiano Ronaldo (Man. United) – £12.5

Simpanan
Robert Sanchez (Brighton) – £4.6
Armando Broja (Southampton) – £5.1
Ben Davies (Tottenham) – £4.5
Reece James (Chelsea) – £4.5

JADUAL PERLAWANAN

AHAD

LIVERPOOL lwn LEEDS
Perlawanan ditunda

WOLVES lwn WATFORD
Perlawanan ditunda

BURNLEY lwn EVERTON
Aksi berlangsung pada pukul 11 mlm

MAN. CITY lwn LEICESTER
Siaran langsung Astro 813, 11 mlm

NORWICH lwn ARSENAL
Siaran langsung Astro 811, 11 mlm

TOTTENHAM lwn C. PALACE
Siaran langsung Astro 812, 11 mlm

WEST HAM lwn SOUTHAMPTON
Aksi berlangsung pada pukul 11 mlm

ISNIN

A. VILLA lwn CHELSEA
Siaran langsung Astro 813, 1.30 pagi

BRIGHTON lwn BRENTFORD
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

SELASA

NEWCASTLE lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI