fbpx

KPN nafi dakwaan video ‘Wow 150 Ke ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran dibuat pengguna Facebook berkenaan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menafikan sekeras-kerasnya kandungan video posting yang tular dalam Facebook oleh Azril Adnan bertajuk “Wow 150 ke ni..” yang mengaitkan kementerian tersebut.

KPN menerusi kenyataan mengharapkan pihak berkenaan tidak mengaitkan kementerian itu dengan berita palsu tersebut.

Menurutnya, program Kotak Mitra adalah bantuan khusus untuk masyarakat India B40 yang diselaraskan oleh Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

“Agensi terbabit di bawah Kementerian Perpaduan Negara bagi membantu masyarakat India yang memerlukan dan terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Kementerian ingin menegaskan bahawa program Kotak Mitra yang dijelaskan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique adalah sumbangan kotak makanan kepada masyarakat India B40 di ladang-ladang, luar bandar dan pinggir bandar yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya.

Katanya, program bantuan Kotak Mitra itu telah dimulakan pada Julai lalu dan telah selesai dilaksanakan pada November yang melibatkan seramai 83,000 penerima.

“Sehubungan itu, KPN menafikan sekeras-kerasnya kandungan video tersebut serta berharap pihak berkenaan tidak mengaitkan Kementerian ini dengan berita palsu tersebut.

“Kementerian ini juga amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang berita palsu. Jangan kongsi jika tidak pasti!,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI