fbpx

[VIDEO] Seret motosikal sejauh 8 km elak diserbu orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN memaparkan kenderaan jenis pacuan empat roda mengheret sebuah motosikal di Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Rabu lalu menjadi tular serta mencetuskan salah faham dikalangan orang ramai yang menanggap video berkenaan adalah kejadian langgar lari.

MUAR – Gara-gara ketakutan setelah melanggar sebuah motosikal yang tiba-tiba mengubah haluan, seorang wanita warga emas bertindak memecut kenderaannya jenis pacuan empat roda sambil mengheret motosikal berkenaan sejauh lapan kilometer.

Dalam kejadian Rabu lalu, pemandu kenderaan jenis Mitsubishi berusia 73 tahun itu telah menimbulkan panik kepada pengguna jalan raya apabila enggan memberhentikan kenderaan sambil mengheret motosikal jenis Yamaha yang sebelum itu ditunggang lelaki berusia 59 tahun.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kemalangan pada pukul 1.45 tengah hari berlaku apabila pemandu Mitsubishi gagal mengelak motosikal di hadapannya yang secara tiba-tiba telah mengubah haluan.

“Hasil siasatan mendapati, ketika sampai di Jalan Temenggong Ahmad, di sini, penunggang motosikal telah mengubah haluan dari kiri ke kanan jalan dan menyebabkan pemandu Mitsubishi yang berada di belakang mangsa tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu merempuh motosikal tersebut.

“Dalam kejadian itu, mangsa telah tercampak dan pemandu wanita yang ketakutan enggan keluar daripada kenderaannya.

“Wanita berkenaan kemudian bertindak memecut kenderaannya untuk menuju ke Balai Polis Parit Jawa sambil mengheret motosikal mangsa sejauh lapan kilometer,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, bagaimanapun penunggang motosikal dilaporkan cedera ringan dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, manakala keputusan ujian alkohol ke atas pemandu wanita tersebut adalah negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ. Kita memohon pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini atau lebih buruk,” katanya.

Terdahulu, tindakan pemandu Mitsubishi mengheret sebuah motosikal yang tersepit di tayar hadapannya dirakam pengguna jalan raya lain sehingga video berkenaan tular di media sosial.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI