fbpx

Polis buru pemandu lori rempuh lelaki Siam hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat pada Sabtu lalu. FOTO IHSAN POLIS

TUMPAT – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat memburu seorang pemandu lori yang dipercayai dalam kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki Siam di simpang tiga Kebakat, Chabang Empat Tok Mek Ngah di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Azmir Damiri berkata, dalam kejadian pada pukul 6.40 petang itu, mangsa, Chanon Eh Pot, 20, yang menunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh lori.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam hari sama semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

“Mangsa dipercayai dirempuh sebuah lori jenis Isuzu, namun polis masih belum memperoleh nombor pendaftaran kenderaan itu. Sehingga kini, tiada individu yang tampil memberi maklumat berhubung kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Tumpat di talian 09-725 7222. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI