fbpx

68,341 mangsa banjir di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah di Hulu Langat musnah akibat dilanda banjir ketika tinjauan banjir di sekitar Hulu Langat.

SHAH ALAM – Seramai 68,341 mangsa banjir ditempatkan di 396 pusat pemindahan di tujuh buah negeri setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini melibatkan 18,080 keluarga melibatkan negeri seperti Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.

Katanya, Pahang merupakan negeri yang paling terkesan.

“Dukacitanya semalam sahaja, lima kematian iaitu empat dewasa dan seorang kanak-kanak. Dua mangsa lagi hilang.

“Secara kolektifnya seluru negara, bencana banjir mengakibatkan 37 kematian dan 10 dilaporkan masih hilang,” katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.

Jelas beliau, sebanyak 137 lokasi jalan raya masih ditutup melibatkan empat buah negeri iaitu Pahang dengan 120 lokasi diikuti Selangor (12), Kelantan (3) Negeri Sembilan (2) – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI