fbpx

Harta Sajat dilelong sekali lagi pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang peguam berada di hadapan kediaman Sajat sementara menantikan ketibaan pembida pada pukul 10.30 pagi.

PETALING JAYA- Lelongan harta dan barang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akan dibuat semula pagi ini selepas pemenang bidaan harta tersebut gagal dikesan baru-baru ini.

Difahamkan, proses bidaan itu yang akan dijalankan di rumah usahawan kosmetik di Jalan Polo, Kota Damansara akan bermula pada pukul 10.30 pagi selepas semua pembida tiba.

Sebelum ini, pemenang bidaan itu yang dikenali sebagai Mohd . Syazwan memenangi bidaan di kediaman Sajat pada harga RM132,000 daripada keseluruhan lapan pembida yang mengambil bahagian dalam proses lelongan awam berkenaan.

Bagaimanapun, pemenang bidaan itu yang juga pembantu peribadi kepada seorang usahawan kosmetik menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih itu.

Antara barangan yang dilelong termasuklah sebuah piano jenama Young Chang bernilai RM40,000, set bilik tidur, pendingin hawa, pelbagai jenis sofa, set pinggan ­mangkuk, lampu gantung, peralatan elektrik dan lain-lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI