fbpx

8 ditahan ketika proses minyak wangi tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lapan orang termasuk seorang pemilik syarikat ditahan dalam satu serbuan melibatkan sebuah premis disyaki menjual minyak wangi tiruan di Jalan Klang Lama dekat sini baru-baru ini.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam berkata, operasi yang dilaksanakan dengan kekuatan empat orang anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya diketuai Mohd. Aizamie Namami itu susulan aduan wakil cap dagangan Global Trade Shields (GTS).

Katanya, kesemua lapan warga tempatan itu sedang sibuk membungkus minyak wangi dipercayai untuk dipasarkan sekitar Semenanjung Malaysia yang dijual secara dalam talian ketika serbuan dilakukan.

“Pemeriksaan lanjut, terdapat sebuah stor simpanan berada di dalam premis tersebut yang menempatkan 13,577 unit minyak wangi pelbagai jenama.

“Hasil pengecaman awal daripada wakil pihak pengadu juga mengesahkan bahawa kesemua produk tersebut adalah tiruan berdasarkan ciri-ciri yang ada pada pembungkusan minyak wangi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM117,435.00 dan kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI