fbpx

7,500 pek makanan untuk sukarelawan, mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (dua dari kiri) menerima pek makanan untuk sukarelawan dan mangsa banjir daripada Pengurus Perhubungan Awam PNHB, Nik Nur’alin Amirah di Dengkil baru-baru ini.

KUALA SELANGOR – Sukarelawan yang terdiri daripada Pemuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam dengan kerjasama Maahad Tahfiz Ismail di sini berganding bahu menyediakan 7,500 pek makanan yang dihantar kepada sukarelawan dan mangsa banjir di sekitar Lembah Klang bermula petang kelmarin.

Program yang ditaja sepenuhnya oleh Puncak Niaga Holdings berhad (PNHB) itu dilaksanakan di Maahad Tahfiz Ismail.

Bermula semalam, sebanyak 1,500 pek makanan disediakan bagi edaran kepada sukarelawan dan mangsa banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang untuk makan malam.

Pada hari ini pula, 3,000 pek makanan disediakan untuk makanan tengah hari dan malam, manakala 3,000 pek makanan lagi akan disediakan untuk makanan tengah hari dan malam esok.

“Kita maklum ramai sukarelawan dari seluruh negara telah datang ke Lembah Klang bagi menghulurkan bantuan.

“Mereka cuma datang dengan membawa peralatan untuk digunakan dalam misi menyelamat.

“Mereka perlukan tenaga untuk terus melaksanakan misi-misi itu. Program yang warga Puncak Alam dan Maahad Tahfiz Ismail lakukan untuk tiga hari ini adalah sebagai penghargaan bagi membalas jasa baik mereka yang bertungkus-lumus melaksanakan misi ini,” kata Pengerusi PNHB, Tan Sri Rozali Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika menerima bantuan pertama PNHB di Dengkil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun telah menyerahkan sumbangan itu.

Menurut Rina, pek-pek makanan yang diterima tersebut diedarkan di kawasan Dengkil dan juga di perkampungan Orang Asli di Bukit Gadong yang turut terjejas banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI