fbpx

Haily peroleh kontrak RM40.67 juta daripada Senibong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) melalui  anak syarikat milik penuhnya Haily Construction Sdn. Bhd. (Haily Construction) telah memperoleh kontrak RM40.67 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd. (Senibong).

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, Kumpulan berkata, kontrak tersebut membabitkan cadangan pembinaan dan penyiapan 99 unit pejabat kedai tiga  tingkat, satu unit pencawang TNB dan empat  unit pencawang kompak Tenaga Nasional Berhad di Tebrau, Johor Bahru, Johor.

Pengarah Eksekutif Haily, Encik See Tin Hai berkata, tempoh keseluruhan projek adalah 20 bulan dan kerja-kerja dijangka dimulakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat anugerah.

“Kontrak terbaharu ini akan meningkatkan nilai projek kami yang kini berjumlah RM557.89 juta, melibatkan 22 projek pembinaan bangunan dan dua projek pembinaan berkaitan kejuruteraan awam yang sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Tin Hai menjelaskan, buku pesanan Kumpulan akan membuatkan pihaknya sibuk untuk masa terdekat dan menyumbang kepada pendapatan serta aset bersih kumpulan syarikat milik Haily  untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI