fbpx

Amaran hujan berterusan di negeri utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada membabitkan seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang yang berkuatkuasa hari ini.

Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak.

Pengarahnya, Muhammad Helmi abdullah berkata, ia susulan lekukan Tropika yang dicerap di perairan Utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri utara Semenanjung yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI