fbpx

Sektor perbankan bersedia bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PETALING JAYA – Sektor perbankan menunjukkan kesediaan untuk menawarkan program bantuan pembayaran bagi peminjam-peminjam yang terkesan akibat banjir.

Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berdasarkan perbincangan Kementerian Kewangan dengan pihak terlibat semalam.

Menurut beliau, pihak terlibat adalah Bank Negara Malaysia (BNM), Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM).

“Perbincangan dengan GDRN (GLC/GLIC Disaster Recovery Network) juga memberi keyakinan kepada saya bahawa GLC dan GLIC komited dalam membantu mangsa banjir,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, Kementerian Kewangan akan menyegerakan penyaluran RM50 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)/Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terjejas akibat banjir.

Kata beliau, Kementerian Kewangan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha membaiki rumah-rumah dan infrastruktur awam yang rosak akibat banjir melalui peruntukan awal RM100 juta seperti diumumkan Perdana Menteri semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI