fbpx

Sebahagian kawasan Hulu Langat terjejas teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini sekitar kawasan Hulu Langat selepas air banjir mula surut

PETALING JAYA – Keadaan kawasan di sekitar Hulu Langat bagaikan mimpi ngeri kepada penduduk-penduduknya apabila hampir kebanyakan tempat musnah termasuklah tempat tinggal, kenderaan, pakaian dan ada juga yang hanya tinggal sehelai sepinggang akibat dilanda banjir kilat baru-baru ini.

Antara kawasan yang terjejas teruk seperti yang tular di media sosial adalah Kampung Batu 25 Sungai Lui, Kampung Batu 16, Kampung Batu 17, Kampung Batu 18, Kampung Sungai Serai dan Taman Sri Nanding.

Menerusi hantaran oleh Rusli Abdullah di laman Facebook, situasi di kawasan Kampung Batu 25 Sungai Lui sehingga ke Batu 18 Langat dilihat sangat terkesan selepas paras air banjir mula surut.

Setiap kepingan gambar yang dimuat naik, terdapat banyak rumah penduduk yang musnah dan beberapa buah kenderaan yang telah tenggelam serta dihempap di bawah batang pokok yang besar ketika dihanyutkan air banjir.

Terbaharu, menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 11,598 mangsa banjir daripada 4,318 keluarga kini ditempatkan di 74 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI