fbpx

Cuaca cerah hampir di semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca adalah cerah di semua negeri sekitar semenanjung pada malam ini.

MetMalaysia dalam laporan kaji cuacanya di YouTube berkata, keadaan cuaca dilihat berbeza bagi beberapa kawasan di negeri Sabah dan Sarawak.

“Hujan lebat berlaku di sekitar pendalaman negeri Sabah dan dijangka berhenti pada lewat petang nanti.

“Manakala di Sarawak, cuaca sama melibatkan kawasan Kuching, Serian dan Samarahan dan dijangka berlaku sehingga lewat malam nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI