fbpx

Sindiket tanam pokok ganja dalam premis mewah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sindiket bertindak menanam pokok ganja di sebuah premis mewah untuk dijual kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang.

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket dadah menjadikan sebuah premis mewah sebagai tempat penanaman pokok ganja sejak tiga bulan lalu tumpas apabila diserbu polis di sini Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd. Latif berkata, menerusi Ops Nekkar itu polis berjaya menahan empat lelaki tempatan dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar ibu kota dan Selangor.

“Kesemua suspek ditahan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di sekitar Brickfields serta Shah Alam dan saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah.

“Hasil tangkapan kesemua suspek polis berjaya merampas lapan batang pokok ganja dan tiga plastik lutsinar berisi tujuh biji benih digunakan untuk menanam pokok ganja di premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, turut dirampas dua balang kaca mengandungi 4551 gram bunga ganja (bud) ganja, 720 gram plastik hitam daun-daun kering dan empat plastik lutsinar berisi ganja.

“Barangan lain yang dirampas termasuk sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz C180 Sport dan sebuah motosikal jenis KTM 390 DUKE menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan sebanyak RM586,520,” katanya.

Tambah beliau, sindiket itu mensasarkan penjualan bud yang bernilai tinggi di pasaran.

“Sindiket ini menggunakan premis mewah serta teknologi canggih untuk proses penanaman dan penjagaan pokok ganja dengan benih ganja import dijual kepada pelanggan tertentu sahaja.

“Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 Disember lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI