fbpx

Polis buka kertas siasatan doktor palsukan keputusan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid pada sidang akhbar Program Kami Prihatin di Taman Sri Duyong, Melaka hari ini.

MELAKA – Polis negeri membuka satu kertas siasatan berhubung laporan pemalsuan keputusan ujian Covid-19 pesakit positif oleh sebuah klinik swasta di Ayer Keroh, di sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, dua laporan polis telah diterima termasuk daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) semalam.

Jelasnya, setakat ini seorang anggota polis dan dua kakitangan JKN telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Pihak polis ambil maklum kejadian pemalsuan keputusan ujian Covid-19 dilakukan sebuah klinik swasta menerusi laporan akhbar dan satu laporan awal telah dibuat pada Isnin lalu.

“Pihak JKN kemudian turut membuat laporan polis semalam dan kita telah memanggil tiga individu untuk proses rakam percakapan,” katanya pada sidang akhbar Program Kami Prihatin di Taman Sri Duyong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, satu jawatankuasa teknikal turut ditubuhkan dengan kerjasama JKN bagi mengenal pasti punca kejadian. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI