fbpx

Perubahan iklim di Artik bakal bebaskan virus purba – Pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandemik baharu boleh tercetus akibat ais yang mencair di Artik. - Getty Images

MOSCOW – Pakar-pakar memberi amaran mengenai satu pandemik baharu yang berisiko membawa maut yang boleh tercetus akibat fenomena perubahan iklim di Lautan Artik, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut pakar, ais yang mencair di Lautan Artik akan menyebabkan virus dan bakteria purba yang beku selama sejuta tahun ‘dibebaskan’.

Penyelidik kanan di Akademi Sains Rusia, Stesen Penyelidikan dan Eksperimen Timur Utara di kampung Chersky, Sergei Davydov memberi amaran bahawa permafros kini mencair dengan cepat. 

“Kami telah menjalankan penyelidikan selama lebih 30 tahun iaitu sejak tahun 1990. 

“Jumlah metana di atmosfera telah meningkat dengan ketara seperti yang kita ketahui daripada data penganalisis gas,” katanya.

Davydov turut memberi amaran bahawa permafros tidak pernah cair sejak berjuta-juta tahun lalu dan virus purba yang tidak terdedah kepada udara sejak sebelum manusia moden berevolusi akan dikeluarkan. 

Sementara itu, Diplomat Kanan Rusia, Nikolay Korchunov memberitahu saluran televisyen TV Zvezda bahawa kerajaan negara itu telah mencadangkan satu projek mengenai bio keselamatan kepada Majlis Artik sebagai langkah berjaga-jaga daripada bahaya yang timbul daripada permafros yang mencair.

“Terdapat risiko tentang kemunculan virus dan bakteria purba. Oleh itu, Rusia telah memulakan projek ‘bio keselamatan dalam Majlis Artik,” katanya.

Tambah beliau, projek baharu itu akan menilai pelbagai ‘risiko dan bahaya’ yang berpotensi membawa kepada pembebasan penyakit berjangkit pada masa hadapan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI