fbpx

Briged Tengah PGA rekod rampasan tertinggi tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas melalui 176 serbuan yang dilakukan tahun ini.

PETALING JAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah merekodkan rampasan tertinggi sepanjang tahun ini menerusi 176 serbuan.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, hasil serbuan itu pihaknya telah menahan 1,119 individu yang terbabit dengan penyeludupan serta berjaya merampas pelbagai jenis barang bernilai RM97.5 juta.

“Daripada jumlah tangkapan berkenaan, 194 daripadanya ialah warga tempatan manakala 725 lagi merupakan warga asing.

“Semua individu itu berusia setahun hingga 64 tahun dan telah ditahan dalam Ops Nyah 1, Ops Benteng, Ops Kontraband serta Ops Khazanah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, nilai rampasan yang diperoleh Briged Tengah pada tahun ini adalah yang tertinggi dicatatkan berbanding briged PGA di negara ini.

“Nilai rampasan itu melibatkan kenderaan (RM9.12 juta); rokok seludup (RM41.6 juta), arak seludup dan ketum (RM38.3 juta), dadah (RM202,650.50), hidupan dan tumbuhan dilindungi (RM120,500) serta bahan letupan (RM1.48 juta).

“Turut dirampas ialah barangan kawalan seperti padi, beras, minyak diesel (RM2.63 juta); logam dan tembaga (RM3.1 juta) serta wang tunai berjumlah RM802,137.40,” ujarnya.

Katanya, kesemua serbuan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010.

“Selain itu siasatan turut dijalankan mengikut Akta Kawal Selia Padi dan Beras, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Kesalahan Barang Lusuh 1946, Akta Senjata Api 1971, Akta Kastan dan Eksais 1976 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pihak polis melalui pasukan gerakan am secara khususnya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi menjaga serta mengawal keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan penuh tanggungjawab dan profesional demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI