fbpx

JKKP siasat kes juruteknik maut akibat renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak menyiasat kes seorang juruteknik maut akibat renjatan elektrik di sebuah taman tema air di negeri ini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan lampu limpah berhampiran kolam mandi di taman tema berkenaan.

Pengarahnya, Supian Alias berkata, mangsa yang telah bekerja selama empat tahun di taman tema itu ditemui terjatuh ke dalam kolam tersebut dalam keadaan lemah dan tidak bermaya oleh rakannya.

Katanya, lelaki terbabit yang dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan kecemasan bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 1.48 petang.

“Susulan kejadian itu, JKKP Perak telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan terhadap kes kemalangan tersebut.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja menyelenggara lampu ‘sportlight’ di kawasan kolam mandi di taman tema air tersebut yang sering tidak berfungsi,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, pihaknya telah mengeluarkan arahan larangan kacau ganggu sehingga tindakan penambahbaikan diambil oleh majikan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI