fbpx

China lapor varian terbaharu Delta, ‘sub-lineage AY.4’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Memetik laporan pegawai Zhejiang dari pusat kawalan dan pencegahan penyakit wilayah berkata, varian itu lebih mudah berjangkit dan mempunyai bilangan partikel virus lebih tinggi dari varian asal. – NDTV

BEIJING – China melaporkan sebanyak 138 kes penularan tempatan di wilayah Zhejiang melibatkan varian Delta terbaharu iaitu ‘sub-lineage AY.4’ yang lebih mudah berjangkit dan mengandungi bilangan partikel virus lebih tinggi, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Lonjakan kes Covid-19 yang terlalu lama sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk dijadualkan berlangsung di Beijing pada Februari 2022 itu menyebabkan kebimbangan pihak berkuasa  China.

Menurut agensi berita Xinhua, sebanyak 138 kes disahkan sebagai penularan tempatan varian terbaharu tersebut termasuk satu kes pembawa tanpa gejala sejak 5 hingga 12 Disember.

Stesen televisyen CGTN-TV memaklumkan bahawa ini kali pertama China melaporkan kes melibatkan varian baharu Delta itu. 

Menurut pihak berkuasa, daripada 138 kes yang dilaporkan di Zhejiang, sebanyak 44 kes dilaporkan di Ningbo, 77 kes di Shaoxing dan 17 kes di Hangzhou. 

Varian baharu itu ditentukan berdasarkan penjujukan dan analisis keseluruhan jujukan genom (WGS).

Varian itu lebih mudah berjangkit dan mempunyai bilangan partikel virus lebih tinggi daripada  virus asal Covid-19. 

Menurut data Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, sebanyak 101 kes direkodkan di tanah besar China pada Ahad lalu dengan 80 daripadanya dikaitkan dengan penularan tempatan dan 21 dikaitkan dengan penularan luar negara.

Selanjutnya, 17 kes tidak bergejala baharu direkodkan, manakala 444 pesakit tanpa gejala masih  di bawah pemerhatian pihak berkuasa perubatan.

Pada Isnin lalu, 80 kes dilaporkan di seluruh negara termasuk 74 di Zhejiang, lima di wilayah Inner Mongolia, dan satu di Shaanxi. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI