fbpx

Pelaburan Lego lebih menguntungkan daripada emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu set edisi khas Lego yang dikeluarkan tahun ini, set rumah daripada filem Hollywood popular, Home Alone. – Lego

MOSCOW – Satu kajian mendapati Lego merupakan bentuk pelaburan baharu yang mampu memberikan keuntungan sangat lumayan kepada pemiliknya sekiranya blok permainan tersebut disimpan untuk tempoh yang lama, lapor laman berita Wionews semalam.

Kajian  dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Fakulti Ekonomi Tinggi (HSE) di Moscow, Rusia itu mendedahkan bahawa barangan unik  seperti set permainan Lego boleh menjadi portfolio pelaburan yang kukuh buat pemiliknya.

“Kita sering menganggap bahawa orang ramai membeli barang  berharga seperti emas, barang  antik atau karya seni sebagai satu bentuk pelaburan.

“Bagaimanapun, kajian kami mendapati bahawa mereka  boleh mendapatkan pulangan berlipat ganda dengan melabur dalam barangan yang unik  dan ‘kurang serius’ seperti set Lego dan patung Barbie,” kata Profesor Madya Sains Ekonomi dari Universiti HSE, Victoria Dobrynskaya.

Kajian sama  turut mendapati bahawa aktiviti  jualan dan pembelian bagi pasaran  Lego sebenarnya telah pun berlaku.

Ia merupakan sebuah pasaran besar yang tidak diketahui oleh pelabur biasa.

“Faktor-faktor seperti pengeluaran produk yang terhad,  set edisi terhad  dan kekurangan produk tersebut di pasaran menyebabkan harganya melonjak setiap tahun.

“Nilai purata pulangan bagi set Lego berkemungkinan boleh mencecah sekitar 10 hingga 11 peratus setahun, melebihi kadar pulangan saham, bon atau emas,” kata kajian tersebut.

Bagaimanapun, sebuah set Lego hanya mempunyai nilai sekiranya ia telah disimpan selama lebih tiga tahun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI