fbpx

Bekas pegawai bank berdepan 14 pertuduhan melibatkan RM3.41 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganesan (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang bekas pegawai bank berdepan 14 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas kesalahan menerima wang tunai hasil aktiviti haram berjumlah RM3.41 juta pada 2017 hingga 2019.

Tertuduh, R. Ganesan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima sejumlah wang daripada 12 individu yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Wang yang diterima adalah dalam jumlah berbeza bagi setiap pertuduhan di antara RM20,000 hingga RM670,000 dan keseluruhannya berjumlah RM3.41 juta.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Taman Inderawasih, Perai di sini antara 22 Ogos 2017 sehingga 23 Oktober 2019.

Ganesan didakwa melakukan kesalahan itu di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Mengikut fakta kes, sepasang suami isteri telah membuat pelaburan pada Jun 2019 dengan seorang pegawai bank dengan tawaran pulangan 8.88 peratus bagi setiap enam bulan.

Mangsa telah dimaklumkan bahawa pelaburan sebanyak RM716,000 hanya boleh membuat wang dividen dan wang pokok tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun.

Menerusi pelaburan itu, mangsa tidak pernah menerima pulangan dijanjikan dan pegawai bank tersebut dikatakan melakukan pengubahan wang haram menggunakan wang pelaburan mangsa. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI