fbpx

Tempoh diskaun saman PDRM dilanjutkan hingga 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani pada sidang akhbar mengenai program sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tentang pelanjutan tempoh tawaran 80 peratus ke atas pembayaran saman menerusi kaunter cawangan trafik hingga 31 Disember ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Orang ramai boleh pergi ke semua kaunter trafik seluruh negara yang telah dibuka semenjak 9 Disember tempoh hari.

“Pelaksanaan ini juga dibuat agar orang ramai tidak menyerbu kaunter saman yang dibuka pada Program 100 Hari Aspirasi keluarga Malaysia (AKM), Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Inisiatif ini secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di KLCC hari ini.

Sehingga 12 Disember 2021, PDRM memaklumkan sebanyak 2.3 juta saman trafik telah berjaya diselesaikan dengan kutipan saman sebanyak RM109 juta bagi tempoh empat hari di seluruh negara.

Acryl Sani berkata, ini jelas menunjukkan orang ramai sebenarnya berhasrat untuk menyelesaikan kes-kes saman lampau jika diberi peluang. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI