fbpx

Pelajar MRSM yang dibuli cedera dalam badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang pelajar MRSM ditumbuk pada bahagian perut dalam kejadian yang tular sejak kelmarin.

IPOH – Pelajar lelaki tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar yang menjadi mangsa buli rakan setingkatan kini dirawat di sebuah hospital di Selangor.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini dalam pemantauan doktor namun keadaannya dilaporkan stabil.

“Berdasarkan pemeriksaan doktor, pelajar itu mengalami kecederaan yang diklasifikasikan sebagai ‘soft tissue injury’ atau kecederaan tisu lembut dalam badan.

“Keadaannya ‘ok’ dan stabil namun dia masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, bapa mangsa juga telah membuat satu laporan polis di Selangor berhubung kejadian menimpa anak lelakinya itu.

“Kita telah pun mengambil keterangan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Terdahulu Mior Farid memberitahu, suspek kes buli membabitkan enam pelajar lelaki tingkatan satu yang ditahan semalam telah dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI