fbpx

Perarakan kematian: Polis cadang kompaun penganjur, waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perarakan kematian diiringi helikopter di Little India Ipoh, bulan lalu.

KAMPAR – Polis mencadangkan agar kompaun dikenakan terhadap penganjur dan waris mendiang yang mengadakan perarakan kematian diiringi helikopter di Little India Ipoh, bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, cadangan itu dibuat selepas siasatan mendapati perarakan berkenaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, berdasarkan siasatan, perarakan itu tidak mendapat kebenaran daripada polis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak.

“Siasatan kes tersebut telah selesai dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya atau Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kita mencadangkan agar penganjur dan waris dikenakan kompaun di bawah Akta 342 kerana gagal patuh SOP Fasa Empat PPN,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kampar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga mencadangkan saman atas kesalahan trafik diberikan kepada penunggang kuda semasa perarakan berkenaan.

Katanya, adalah menjadi satu kesalahan membawa kuda di atas jalan raya di mana saman boleh dikenakan di bawah Kaedah 24, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI